Sabtu, 2 April 2011

MIKROEKONOMI : BAB 1

Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan ?


a.Usahawan ialah individu yang sanggup menanggung risiko untuk menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan modal bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan .



b.Usahawan membuat keputusan tentang apa dan berapa banyakkah sesuatu barang dan perkhidmatan dikeluarkan mengikut permintaan pengguna dengan menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang dimiliki.

Usahawan perlu menanggung risiko ketidakpastian seperti perubahan cita rasa pengguna dan kemungkinan produknya kurang mendapat sambutan apabila menggunakan sumber yang dimilikinya untuk menghasilkan barang

Usahawan melakukan aktiviti inovasi dan pembaharuan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan baru yang dapat memberi kepuasan kedapa pengguna, memperbaik teknik pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan dengan matlamat memaksimumkan keuntungan.


' Kehendak manusia adalah tidak terbatas sedangkan sumber ekonomi adalah terhad . '
Terangkan maksud ini .




• Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan. Barangan dalam ekonomi merujuk kepada benda fizikal atau perkhidmatan yang dapat menambah kepuasan pengguna.


• Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.


• Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.


• Sumber yang sedia ada tidak dapat memenuhi semua kehendak individu dan masyarakat. Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.


• Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki , dan firma tidak dapat mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kekurangan sumber, tingkat teknologi dan kemahiran pengurusan.


• Kerajaan tidak dapat melaksanakan apa shaja projek yang kehendaki kerana kekurangan hasil untuk membiayai semua projek secara serentak.

Terangkan hubungan kekurangan , pilihan dan kos lepas
Fikir :

- mengapa kekuraangan wujud?


- jika berlaku kekurangan, apa yang harus dibuat?
- apakah kesan jika pilihan dibuat.

http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
• Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan. 


• Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.
• Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.
• Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki.
. Kos lepas wujud apabila pilihan dibuat. Kos lepas ialah jumlah barang kedua terbaik yang perlu dilepaskan untuk memperoleh sejumlah barang yang menjadi pilihan terbaik.



Terangkan perbezaan ciri sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam





Sistem ekonomi kapitalis dan system ekonomi Islam berbeza dari aspek:



1. Matlamat dan objektif ekonomi


Dalam sistem ekonomi kapitalis, individu membuat keputusan berdasarkan kepentingan persendirian. Pengguna membeli barangan dengan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar membekalkan barangan dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Dalam sistem ekonomi Islam keputusan ekonomi pengguna atau pengeluar adalah berdasarkan hukum-hakam syariat. Kegiatan ekonomi yang dijalankan bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan bukan untuk memaksimumkan kepuasan atau keuntungan semata-mata. 



2. Pemilikan harta persendirian


Dalam sistem ekonomi kapitalis. individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian. Individu bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Dalam sistem ekonomi Islam. Individu juga mempunyai kebebasan untuk meiliki harta dan kekayaan persendirian selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam. Islam melarang pengumpulan kekayaan atau harta yang tidak berpatutan kepada individu. Individu hanya merupakan pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi menjalan kegiatan ekonomi yang diredai Allah. 



3. Peranan mekanisme harga


Dalam sistem ekonomi kapitalis, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. Kerajaan tidak campur dalam kegiatan ekonomi. Dalam ekonomi Islam, mekanisme harga juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Namun, kerajaan juga campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk memastikan rakyat dapat menikmati keperluan-keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyatnya. Kerajaan juga perlu mengawas kegiatan ekonomi yang dilajankan oleh individu tidak mendatangkan kesan luaran negatif.



Berdasarkan contoh pengeluaran roti , terangkan masalah asas ekonomi



• Masalah asas dalam pengeluaran roti ialah


 • Berapa banyak roti itu hendak dikeluarkan perlu ditentukan supaya lebihan permitaan atau lebihan penawaran kopi tidak berlaku.


 • Bagaimana roti hendak dikeluarkan


 • Pengeluar perlu menentukan gabungan faktor buruh dan modal pada nisbah yang dapat memaksimumkan keuntungan.


 • Untuk siapa roti itu hendak dikeluarkan.


Huraikan 3 ciri yang membezakan sistem ekonomi bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat






i. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi


• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga iaitu interaksi kuasa permintaan dan penawaran. Mekanisme harga akan menyelaraskan secara sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Peranan kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara..


• Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi. Kerajaan berkuasa sepenuh menentukan apa dan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan , kaedah mengeluar dan mengagihkan barang tersebut. Mekanisme harga tidak memainkan peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi.



ii. Pemilikan sumber ekonomi


• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, individu mempunyai kebebasan memiliki faktor dan harta persendirian. Individu juga bebas menggunakan sumber ekonominya untuk menjalankan kegiatan ekonomi untuk memaksimumkan keuntungan atau memenuhi kepuasan mereka.


• Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua sumber ekonomi ialah hak milik kerajaan. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor dan harta persendirian. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih atau mengeluarkan barang kerana semuanya ditentukan oleh kerajaan.



iii. Matlamat.


• Pelaku dalam sistem ekonomi pasaran bebas mengutamakan kepentingan diri. Pengguna bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Matlamat ini mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dengan cara paling cekap. Namum, matlamat yang mementingkan diri menyebabkan pengguna dan pengeluar mengabaikan kos sosial dalam aktiviti penggunaan dan pengeluaran mereka sehingga menimbulkan kesan luaran negatif yang merugikan pihak lain.


• Sistem ekonomi perancangan pusat mengutamakan kebajikan masyarakat dan bukannya keuntungan. Individu tidak dapat memperoleh keuntungan persendirian dalam sistem ini. Matlamat utama ekonomi ialah kebajikan dan kesamarataan. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan menggunakan sumber ekonomi untuk meningkatkan kebajikan rakyat dengan mengeluar dan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat secara saksama.





Huraikan 3 kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
Kelemahan :
• Kegagalan menyediakan barang awam walaupun penting kepada kebajikan pengguna.
• Agihan pendapatan yang tidak setara
Persaingan yang bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan yang tidak setara.
• Kegiatan ekonomi yang tidak stabil
Ketidakstabilan kegiatan ekonomi menyebabkan masalah pengangguran dan inflasi sering berlaku dalam ekonomi.
Ekonomi menghadapi masalah kekurangan apabila barang yang dihasilkan tidak mencukupi kerana sumber ekonomi adalah terhad . Bincangkan .
• Masalah kekurangan wujud apabila terdapat ketidakseimbangan kehendak manusia yang tidak tebatas dengan sumber ekonomi yang terhad .
• Pilihan perlu dibuat
• Kos lepas wujud apabila pilihan dibuat
• Bincangkan soalan ini dengan contoh yang sesuai



Tiada ulasan:

Catat Ulasan