Ahad, 3 April 2011

MIKROEKONOMI : BAB 5

Hubungkait SRAC dengan LRAC






Dengan menggunakan rajah, terangkan hubung kait keluk kos purata jangka pendek dan keluk kos purata jangka panjang.
  • Dalam jangka panjang, firma dapat merancang dan memilih saiz loji yang dapat meminimumkan kos pengeluaran.
  • Keluk kos purata jangka panjang (LRAC) terdiri daripada satu siri keluk kos purata jangka pendek (SRAC) dengan setiap satu mewakili satu skala pengeluaran.
  • Bagi keluaran ketika LRAC sedang menurun, LRAC bertangen dengan bahagian SAC yang sedang menurun.
  • Pada tingkat keluaran ketika LRAC minimum, keluk SRAC bertangen dengan LRAC pada titik minimum.
  • Bagi keluaran ketika LRAC sedang menaik, LRAC bertangen dengan bahagian SRAC yang sedang menaik.

Hukum pulangan berkurangan dan keluaran sut

Huraikan bagaimana keluk keluaran sut dapat menunjukkan hukum pulangan berkurangan .


  • Keluaran sut ialah perubahan jumlah keluaran kesan daripada tambahan satu unit input berubah.
  • Menurut hukum pulangan berkurangan, apabila input berubah ditambahkan secara berterusan kepada sejumlah input tetap, selepas satu tingkat keluaran tertentu, kadar pertambahan jumlah keluaran akhirnya akan semakin berkurang.
  • Lukiskan rajah keluaran sut
  • Hukum pulangan berkurangan digambarkan oleh bahagian keluk keluaran sut yang menurun selepas mencapai titik maksimum.
  • Pada mulanya keluaran bertambah dengan kadar bertambah dan keluk MP semakin meningkat.
  • Selepas titik maksimum, MP menurun kerana tambahan seunit buruh ke atas input tetap menyebabkan jumlah keluaran meningkat tetapi dengan kadar yang menurun. Hal ini demikian kerana nisbah input tetap kepada input berubah semakin menurun menyebabkan penggunaan input berubah semakin tidak cekap.Hukum pulangan berkurang telah berlaku.
 Hubungan kos purata dan kos sut

Berdasarkan gambar rajah jelaskan hubungan antara kedua-dua kos itu .

Berikan rumus bagaimana kos purata dan kos sut dihitung
Lukiskan rajah kos purata dan kos sut. (Kos sut harus bersilang dengan titik minimum kos purata.)
  • Apabila AC sedang menurun, AC>MC
  • Apabila AC minimum, AC =MC
  • Apabila AC sedang menaik, AC<MC
Maksud jangka masa pendek dan jangka masa panjang .


 Jangka masa pendek :
  • tidak dapat menyeleraskan tingkat keluar mengikut kehendak pasaran
  • wujud input tetap (contoh) dan input berubah (contoh)
  • hanya dapat naikkan keluaran dengan mengubah input berubah.


Jangka masa panjang :
  • dapat megubah tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran
  • semua input ialah input berubah.
  • Huraikan contoh

Sabtu, 2 April 2011

MIKROEKONOMI : BAB 4

1) Nyatakan syarat memaksimumkan utiliti sekiranya pengguna membeli barang X dan barang Y .




a. MUx/Px = MUy/Py
b. Kenaikan Px menyebabkan MUx/Px < MUy/Py
Terangankan kesan pengguna mengurangkan penggunaan X berdasarkan hukum utiliti sut berkurangan.

Andaikan :
i. Pengguna membeli dua jenis barang , barang X dan barang Y
ii. Harga X dan Y masing-masing ialah RM4 dan RM5.

Dengan sejumlah pendapatan pengguna mencapai keseimbangan apabila utiliti sut per ringgit bagi barang X dan barang Y adalah sama, iaitu

MUX = MUY misalnya
PX PY

20 = 30 =5
4 6






2) Sekiranya harga X telah berubah , bagaimana pengguna dapat bertindak untuk mencapai keseimbangan semula .




b. Jika harga barang X turun ke RM2, pengguna berada dalam ketidakseimbangan kerana utiliti sut per ringgit barang X lebih besar daripada daripada utiliti sut per ringgit barang Y, iaitu :

20 > 30
2 6
10 > 5

Menurut hukum utiliti sut berkurangan, semakin banyak X digunakan semakin kurang utilti sut X. Oleh itu, pengguna akan menambahkan pembeliaan barang X untuk mengurangkan MUx sehingga nilai MUx/Px menyamai dengan MUy/Py. Misalnya

10 = 30 = 5
2 6

Jika harga barang Y naik dari RM4 ke RM5, pengguna juga berada dalam ketidakseimbangan kerana utiliti sut per ringgit barang X lebih kecil daripada daripada utiliti sut per ringgit barang Y, iaitu :

20 < 30
5 5
4 < 5

Untuk mencapai keseimbangan semula, pengguna akan mengurangkan pembelian barang X. Semakin kurang X dibeli, semakin tinggi utiliti sut. Keseimbangan tercapai apabila nilai MUx/Px menyamai MUy/Py semula, misalnya

25 = 30 = 5
5 6

Analisis di atas menunjukkan semakin rendah harga X, semakin banyak X yang diminta dan sebaliknya. Hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta digambarkan oleh keluk permintaan DD yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan. 


Penerbitan keluk Dd daripada KPH

Jelaskan keluk penggunaan harga dan terangkan bagaimana keluk ini boleh digunakan untuk menerbitkan keluk permintaan bagai barang biasa.



 
>Keluk penggunaan harga ialah keluk yang menyambungkan titik-titik keseimbangan pengguna kesan daripada perubahan harga barang dengan andaian pendapatan pengguna tidak berubah.
Keluk permintaan dapat diterbitkan daripada keluk penggunaan harga seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

>Andaikan harga asal barang X ialah P0 dan pengguna mencapai keseimbangan pada titik E0 di mana garis belanjawan AB0 bertangen dengan keluk puas sama I0. Kuantiti X yang diminta ialah X0. Apabila harga X turun ke P1, titik keseimbangan pengguna berpindah daripada E0 ke titik E1. Kuantiti X yang diminta meningkat ke X1.

>Jika harga X turun lagi dari P1 ke P2, titik keseimbangan pengguna berpindah daripada E1 ke E2. Kuantiti yang diminta bertambah ke X2. Sambungan titik-titik E0,E1 dan E2 membentuk keluk permintaan DD yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta.

Dengan menggunakan pendekatan ordinal , terangkan bagaimana keseimbangan pengguna tercapai .




Keseimbangan pengguna tercapai apabila kepuasan yang diperoleh oleh pengguna daripada penggunaan sejumlah barang dengan sejumlah pendapatan tertentu berada pada tahap maksimum.
• Titik C dan D yang terletak pada keluk puas sama I1 walaupun merupakan kombinasi yang mampu dibeli oleh pengguna, tetapi kepuasan pengguna belum mencapai tahap maksimum. Pergerakan titik C dan D ke titik E akan membolehkan pengguna mencapai keluk puas sama I2 yang mempunyai aras kepusanan lebih tinggi.
• Titik F wlaupun terletak pada keluk puas sama I3 yang lebih tinggi, tetapi dengan belanjawan yang dibatasi oleh garis AB, kombinasi ini adalah di luar kemampuan pengguna.
• Dengan itu titik E ialah titik keseimbangan pengguna di mana sebarang perubahsuaian kombinasi barang setelah mencapai titik E akan mengurangkan tingkat kepuasan pengguna.
• Keseimbangan pengguna tercapai pada titk E di mana garis belanjawan bertangen dengan keluk puas sama yang tertinggi. Pada titik E kecerunan garis belanjawan bersamaan dengan kecerunan kelik puas sama

Kecerunan garis belanjawan = Kecerunan keluk puas sama
Px = MUx
Py MUy atau

MUx = MUy .........(1), dan
Px Py
Jumlah perbelanjaan = jumlah pendapatan
PxQx + PyQy= M ...........................(2) 

MIKROEKONOMI : BAB 2

Dengan bantuan rajah , huraikan bagaimana kenaikan harga petrol mempengaruhi permintaan kereta .


Petrol ialah barang pengenap kepada kereta. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta bekurang.
Keluk permintaan kereta yang asal ialah D0D0. Keluk permintaan kereta beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1 apabila permintaan kereta berkurang.

Kuantiti kereta yang diminta berkurang dari Q0 ke Q1 walaupun tingkat harga kereta tetap pada P.


Dengan menggunakan rajah , jelaskan dua keadaan yang menyebabkan harga sesuatu barang meningkat berpandukan kepada analisis keseimbangan pasaran .

*Tips: 
Hanya perlu mengubah DD atau SS sahaja ...
- Harga suautu barang akan naik apabila permintaan terhadap barang itu meningkat, misalnya perubahan cita rasa pengguna lebih gemar terhadap barang itu.
- Lukis rajah keseimbangan pasaran yang menunjukkan keluk permintaan beralih ke kanan.
- huraikan rajah
- Harga suatu barang juga akan naik apabila penawaran berkurang, misalnya kenaikan kos bahan mentak menyebabkan pengeluar mengurangkan penawaran.
- Lukis rajah kesembangan pasaran yang menunjukkan keluk penawaran beralih ke kiri.
- huraikan rajah.

Dengan bantuan rajah , jelaskan kesan kenaikan harga getah asli terhadap penawaran getah tiruan ?




Fikir :          
- Apakah hubungan antara getah dengan getah asli dengan getah tiruan?
- Bagaimana kenaikan harga getah asli dpat mempengaruhi penawaran getah tiruan?
- Bagaimana anda dapat menghuraikan keadaan itu dengan rajah.
http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
• Getah tiruan ialah barang pengganti kepada getah asli.
Kenaikan harga getah asli akan menjadikan harga getah tiruan secara relatif lebih murah. Pengguna akan menggantikan permintaan getah asli dengan getah tiruan.
• Kenaikan permintaan getah tiruan akan menggalakkan pengeluar untuk menambahkan penawaran getah tiruan
Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri. ( Lukis Rajah)
• Kesannya ialah kuantiti ditawar tayar bertambah pada pelbagai tingkat harga



MIKROEKONOMI : BAB 1

Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan ?


a.Usahawan ialah individu yang sanggup menanggung risiko untuk menggabungkan faktor-faktor pengeluaran seperti buruh, tanah dan modal bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan .



b.Usahawan membuat keputusan tentang apa dan berapa banyakkah sesuatu barang dan perkhidmatan dikeluarkan mengikut permintaan pengguna dengan menggabungkan sumber-sumber ekonomi yang dimiliki.

Usahawan perlu menanggung risiko ketidakpastian seperti perubahan cita rasa pengguna dan kemungkinan produknya kurang mendapat sambutan apabila menggunakan sumber yang dimilikinya untuk menghasilkan barang

Usahawan melakukan aktiviti inovasi dan pembaharuan untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan baru yang dapat memberi kepuasan kedapa pengguna, memperbaik teknik pengeluaran dan meningkatkan kualiti produk yang dihasilkan dengan matlamat memaksimumkan keuntungan.


' Kehendak manusia adalah tidak terbatas sedangkan sumber ekonomi adalah terhad . '
Terangkan maksud ini .




• Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan. Barangan dalam ekonomi merujuk kepada benda fizikal atau perkhidmatan yang dapat menambah kepuasan pengguna.


• Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.


• Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.


• Sumber yang sedia ada tidak dapat memenuhi semua kehendak individu dan masyarakat. Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.


• Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki , dan firma tidak dapat mengeluarkan semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kekurangan sumber, tingkat teknologi dan kemahiran pengurusan.


• Kerajaan tidak dapat melaksanakan apa shaja projek yang kehendaki kerana kekurangan hasil untuk membiayai semua projek secara serentak.

Terangkan hubungan kekurangan , pilihan dan kos lepas
Fikir :

- mengapa kekuraangan wujud?


- jika berlaku kekurangan, apa yang harus dibuat?
- apakah kesan jika pilihan dibuat.

http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
• Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan. 


• Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.
• Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.
• Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki.
. Kos lepas wujud apabila pilihan dibuat. Kos lepas ialah jumlah barang kedua terbaik yang perlu dilepaskan untuk memperoleh sejumlah barang yang menjadi pilihan terbaik.



Terangkan perbezaan ciri sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam





Sistem ekonomi kapitalis dan system ekonomi Islam berbeza dari aspek:



1. Matlamat dan objektif ekonomi


Dalam sistem ekonomi kapitalis, individu membuat keputusan berdasarkan kepentingan persendirian. Pengguna membeli barangan dengan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar membekalkan barangan dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Dalam sistem ekonomi Islam keputusan ekonomi pengguna atau pengeluar adalah berdasarkan hukum-hakam syariat. Kegiatan ekonomi yang dijalankan bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan bukan untuk memaksimumkan kepuasan atau keuntungan semata-mata. 



2. Pemilikan harta persendirian


Dalam sistem ekonomi kapitalis. individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian. Individu bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Dalam sistem ekonomi Islam. Individu juga mempunyai kebebasan untuk meiliki harta dan kekayaan persendirian selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam. Islam melarang pengumpulan kekayaan atau harta yang tidak berpatutan kepada individu. Individu hanya merupakan pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi menjalan kegiatan ekonomi yang diredai Allah. 



3. Peranan mekanisme harga


Dalam sistem ekonomi kapitalis, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. Kerajaan tidak campur dalam kegiatan ekonomi. Dalam ekonomi Islam, mekanisme harga juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Namun, kerajaan juga campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk memastikan rakyat dapat menikmati keperluan-keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyatnya. Kerajaan juga perlu mengawas kegiatan ekonomi yang dilajankan oleh individu tidak mendatangkan kesan luaran negatif.



Berdasarkan contoh pengeluaran roti , terangkan masalah asas ekonomi



• Masalah asas dalam pengeluaran roti ialah


 • Berapa banyak roti itu hendak dikeluarkan perlu ditentukan supaya lebihan permitaan atau lebihan penawaran kopi tidak berlaku.


 • Bagaimana roti hendak dikeluarkan


 • Pengeluar perlu menentukan gabungan faktor buruh dan modal pada nisbah yang dapat memaksimumkan keuntungan.


 • Untuk siapa roti itu hendak dikeluarkan.


Huraikan 3 ciri yang membezakan sistem ekonomi bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat






i. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi


• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga iaitu interaksi kuasa permintaan dan penawaran. Mekanisme harga akan menyelaraskan secara sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Peranan kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara..


• Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi. Kerajaan berkuasa sepenuh menentukan apa dan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan , kaedah mengeluar dan mengagihkan barang tersebut. Mekanisme harga tidak memainkan peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi.



ii. Pemilikan sumber ekonomi


• Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, individu mempunyai kebebasan memiliki faktor dan harta persendirian. Individu juga bebas menggunakan sumber ekonominya untuk menjalankan kegiatan ekonomi untuk memaksimumkan keuntungan atau memenuhi kepuasan mereka.


• Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua sumber ekonomi ialah hak milik kerajaan. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor dan harta persendirian. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih atau mengeluarkan barang kerana semuanya ditentukan oleh kerajaan.



iii. Matlamat.


• Pelaku dalam sistem ekonomi pasaran bebas mengutamakan kepentingan diri. Pengguna bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Matlamat ini mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dengan cara paling cekap. Namum, matlamat yang mementingkan diri menyebabkan pengguna dan pengeluar mengabaikan kos sosial dalam aktiviti penggunaan dan pengeluaran mereka sehingga menimbulkan kesan luaran negatif yang merugikan pihak lain.


• Sistem ekonomi perancangan pusat mengutamakan kebajikan masyarakat dan bukannya keuntungan. Individu tidak dapat memperoleh keuntungan persendirian dalam sistem ini. Matlamat utama ekonomi ialah kebajikan dan kesamarataan. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan menggunakan sumber ekonomi untuk meningkatkan kebajikan rakyat dengan mengeluar dan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat secara saksama.





Huraikan 3 kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas
Kelemahan :
• Kegagalan menyediakan barang awam walaupun penting kepada kebajikan pengguna.
• Agihan pendapatan yang tidak setara
Persaingan yang bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan yang tidak setara.
• Kegiatan ekonomi yang tidak stabil
Ketidakstabilan kegiatan ekonomi menyebabkan masalah pengangguran dan inflasi sering berlaku dalam ekonomi.
Ekonomi menghadapi masalah kekurangan apabila barang yang dihasilkan tidak mencukupi kerana sumber ekonomi adalah terhad . Bincangkan .
• Masalah kekurangan wujud apabila terdapat ketidakseimbangan kehendak manusia yang tidak tebatas dengan sumber ekonomi yang terhad .
• Pilihan perlu dibuat
• Kos lepas wujud apabila pilihan dibuat
• Bincangkan soalan ini dengan contoh yang sesuai